About

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera


Misi Sekolah

Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara


Falsafah Sekolah

Ke arah melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bersedia mengharungi cabaran untuk mencapai wawasan pendidikan disamping mewujudkan pelajar yang berpotensi, jujur, ikhlas, bersih, amanah dan sering membudayakan nilai–nilai murni. Penghasilan pelajar berkualiti dalam semua aspek pendidikan dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kefahaman agama untuk merealisasikan kehidupan.


Sejarah Penubuhan

  Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai terletak kira – kira 32 km daripada Bandar Melaka. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada 3 buah bangunan lama yang dibina di zaman penjajah.

Bangunan A seluas 40 X 30 kaki persegi, dibina pada 4.12.1917 ( berhampiran jalanraya )
Bangunan B seluas 48 X 30 kaki persegi, dibina pada 3.12.1927 ( di belakang bangunan A )
Bangunan C seluas 60 X 20 kaki persegi, dibina pada 21.8.1954

  Memandangkan kepada pertambahan penduduk dan murid, ketiga–tiga bangunan itu dirobohkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru dua tingkat pada awal tahun 1975.

  Bangunan tersebut memuatkan 8 buah bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar, bilik Guru, kantin dan lengkap dengan bekalan air serta elektrik. Bangunan baru itu mula digunakan pada 4 November 1976 dan telah dirasmikan pada 4 November 1982 oleh YB Dato’ Khalil bin Haji Yaakob. Pertambahan murid dan kelengkapan prasarana sekolah yang berbagai memaksa sebuah lagi bangunan didirikan. Bangunan itu didirikan secara gotong–royong memuatkan empat buah bilik darjah, dengan kos bernilai RM 50,000.

  Menjelang tahun 1995 sebuah banguna dua tingkat bernilai RM 360,000 telah didirikan bagi menampung pertambahan bilangan pelajar. Bangunan baru yang memuatkan 7 bilik darjah, setor serta bilik persalinan telah mula digunakan pada bulan Ogos 1995 oleh calon–calon UPSR tahun tersebut. Sehingga hari ini bangunan itu yang digunakan oleh murid–murid tahap 2 dan sebuah kelas pemulihan masih belum dirasmikan.